Senarai Bantuan Dan Insentif Khas Untuk Rakyat Akibat COVID-19 (Cara Mohon)

Senarai Bantuan Dan Insentif Khas Untuk Rakyat Akibat COVID-19 (Cara Mohon). Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan menawarkan pelbagai bantuan dan insentif khas kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Dalam tempoh PKP, PKPB dan PKPP ini, pelbagai masalah dan isu timbul dalam kalangan masyarakat antaranya iaitu isu kenaikan bil elektrik, kehilangan peluang pekerjaan dan sebagainya disebabkan kemerosotan ekonomi. Berikut adalah bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan buat rakyat Malaysia untuk meringankan beban kewangan mereka.

Senarai Bantuan Dan Insentif Khas Untuk Rakyat Akibat COVID-19 (Cara Mohon)

Senarai Bantuan Dan Insentif Khas Untuk Rakyat Akibat COVID-19 (Cara Mohon)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan dan insentif khas daripada kerajaan termasuk memaparkan cara mohon :

Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)

Bantuan Prihatin Elektrik adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

Untuk info lanjut layari: Bantuan Prihatin Elektrik

Pelan Bayaran Mudah (PBM)

Pelan Bayaran Mudah adalah satu insentif daripada TNB yang ditawarkan secara automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan kediaman bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat. Pengguna tidak perlu memohon PBM untuk membuat pembayaran secara ansuran melalui Pelan Bayaran Mudah ini.

Untuk info lanjut layari: Pelan Bayaran Mudah

Bantuan Khas RM300 Kepada Ibu Tunggal & OKU

Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada ibu tunggal, OKU dan sukarelawan Program Khidmat Bantu Di Rumah dan geran kepada NGO terpilih.

Untuk info lanjut layari: Bantuan Khas RM300 (PENJANA)

Bantuan Khas Covid-19 (RM100 sehari) NADMA

Bayaran sebanyak RM100 sehari diberikan kepada mereka yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kerana mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19. Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara one-off. Permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun borang di laman web NADMA dan dipos ke alamat ditetapkan.

Untuk info lanjut layari: NADMA

Bantuan RM600 PERKESO

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 setiap bulan untuk tempoh maksimum enam (6) bulan bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji mengikut Program Pengekalan Pekerjaan.

Permohonan hendahlah dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja secara online atau melalui mana-mana cawangan PERKESO.

Untuk info lanjut layari: Permohonan Bantuan Kewangan RM600 ERP

Penebusan Kredit RM50 eWallet

Bagi anda nak claim kredit RM50 e-dompet boleh muat turun aplikasi MySejahtera menerusi Google Play, Apple App dan Huawei AppGallery.

Untuk info lanjut layari: Claim Kredit RM50 eWallet

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Maybank, CIMB, Affin Bank dan sebagainya memberi penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli dan kad kredit.

Pengeluaran i-Lestari KWSP

Kemudahan diberikan kepada pencarum KWSP dimana boleh membuat pengeluaran KWSP dalam akaun kedua dengan maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

Pengecualian Bayaran Sewa PPR

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan buat 9,185 pemilik unit rumah projek Perumahan Rakyat (PPR). Antara projek PPR yang ditawarkan adalah PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Gua Musang, PPR Lembah Subang 2, PPR Kota Bahru dan sebagainya.

Leave a Reply