Semakan Status Rayuan Permohonan BKSS 3.0 Untuk Bujang & Isi Rumah B40 (Tarikh Bayaran)

Semakan Status Rayuan Permohonan BKSS 3.0 Untuk Bujang & Isi Rumah B40. Bilakah tarikh bayaran BKSS 3.0? Panduan buat golongan isi rumah B40 dan bujang yang membuat permohonan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0. Untuk makluman, semakan status BKSS 3.0 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 30 Julai 2020 menerusi laman web BKSS. Bayaran BKSS 3.0 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing pada ketua isi rumah dan Bujang B40 dengan bayaran sebanyak RM1500 dan RM500 masing-masing secara one-off.

Semakan Status Rayuan Permohonan BKSS 3.0 Untuk Bujang & Isi Rumah B40 (Tarikh Bayaran)

Menurut daripada Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Bagi golongan bujang yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan automatik terima bantuan BKSS. Manakala, isi rumah B40 yang tidak tersenarai dalam BKSS fasa pertama akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Semakan Status Rayuan Permohonan BKSS 3.0 Untuk Bujang & Isi Rumah B40

Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Jumlah Bayaran BKSS 3.0

  • Bantuan sebanyak RM500 akan diberi sekali sahaja kepada individu bujang yang layak.
  • Bantuan sebanyak RM1,500 akan diberi kepada ketua isi rumah yang layak.

Cara Semak Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Online

1. Semakan status boleh dibuat menerusi laman web rasmi https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.

2. Masukkan MyKad yang disahkan dan klik pada butang ‘Submit’.

Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

A. Individu Bujang

1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing.

2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar
dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di
Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
di seluruh Sarawak.

B. Isi Rumah

1. Kalau ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran
RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan mulai 15 Jun 2020.
Bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank.

2. Kalau tidak ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, RM750 dibayar secara tunai mulai 17 Jun 2020 dan RM750 lagi dibayar mulai 17 Julai 2020. Tunai boleh tuntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel ke alamat 555999@sarawak.gov.my.

BACA JUGA : Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Leave a Reply