Semakan Status Permohonan BSH 2020 Online (Lulus/Gagal)

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Online (Lulus/Gagal). Bila tarikh semak status permohonan BSH 2020? Panduan buat pemohon yang telah membuat permohonan Bantuan Sara Hidup BSH tahun 2020. Untuk makluman, semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2020 boleh dibuat bermula pada 20 Januari 2020 melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my. Bagi yang status tidak lulus boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini BSH 2020 bermula pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Online (Lulus/Gagal)

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Online (Lulus/Gagal)

Berikut dikongsikan adalah maklumat semakan status Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh, aplikasi semakan dan cara permohonan baharu :

Tarikh Semak Status Permohonan BSH 2020

Semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2020 boleh dibuat mulai 20 Januari 2020 melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup, LHDNM.

Cara Semak Status Bantuan Sara Hidup 2020 Online

1. Semakan status pembayaran fasa 1 BSH 2020 melalui laman web BSH
https://bsh.hasil.gov.my.

2. Klik menu Semakan Status Bayaran (Fasa 1 BSH 2020).

3. Masukkan Nombor MyKad.

4. Isi captcha dan tekan butang semak.

5. Maklumat yang akan dipaparkan
a. Status Permohonan
b. Maklumat Pembayaran Fasa Pertama (jika layak)

Kaedah Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah merujuk kepada kaedah pembayaran terakhir BSH 2019 seperti berikut:

i. Berjaya Kredit ke akaun

Pembayaran akan dilakukan kepada akaun penerima BSH 2019 termasuk akaun baharu yang didaftarkan oleh Bank Simpanan
Nasional (BSN).

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Pembayaran terakhir BSH 2019 disebabkan kegagalan pembukaan akaun oleh BSN serta akaun yang bermasalah;
b. Isteri (Pasangan) yang menerima BSH 2019 meninggal dunia;
c. Pembayaran terakhir BSH 2019 secara tunai

Soalan Lazim BSH 2020

1. Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan PEMBAYARAN SECARA TUNAI?

PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 di Kaunter BSN
mulai 1 Februari 2020.

2. Pemohon BSH telah meninggal dunia pada tahun 2019 tetapi menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020. Adakah wakil boleh
hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 penerima berkenaan?

Tidak. Pemohon yang meninggal dunia pada tahun 2019 tidak layak menerima BSH 2020. Oleh itu, wakil tidak dibenarkan untuk membuat penunaian Fasa Pertama BSH 2020.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM yang berhampiran.

BACA JUGA : Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

Leave a Reply