Rayuan BSH 2020 : Borang Permohonan & Senarai Dokumen Yang Perlu Ada

Rayuan BSH 2020 : Borang Permohonan & Senarai Dokumen Yang Perlu Ada. Bagaimana status kelulusan BSH 2020 anda? Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa Ketiga akan mula dikreditkan pada 24 Julai 2020 berdasarkan kategori BSH. Manakala, bagi pemohon yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara atas talian (online) atau hadir ke kaunter LHDN mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Rayuan BSH 2020 : Borang Permohonan & Senarai Dokumen Yang Perlu Ada

Rayuan BSH 2020 : Borang Permohonan & Senarai Dokumen Yang Perlu Ada

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan cara rayuan :

Tarikh Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Cara Rayuan Permohonan BSH 2020

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan BSH 2020 perlu dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

Nota : Bagi anda yang nak buat rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan disini.

Artikel Berkaitan : Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di talian 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

5 Comments

  1. Muhammad sapri bin roseli August 3, 2020
  2. Lailielie August 3, 2020
  3. Nizam bin vincent August 4, 2020
  4. Ooi khok theong August 4, 2020
  5. Suriati binti tunggal August 5, 2020

Leave a Reply