Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga)

Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga). Bilakah tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bulan ketiga? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan wang i-Lestari KWSP bagi bulan ketiga telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Julai 2020. Bulan lalu, pengagihan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Jun 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah diterima atau tidak bagi bulan ketiga (Julai), sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara online.

Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga)

Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :

Apa Pengeluaran i-Lestari KWSP?

Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.

Tarikh dan Jumlah Bayaran i-Lestari KWSP

Pembayaran Pengeluaran i-Lestari bagi bulan pertama telah dikreditkan daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020. Menurut makluman terkini, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan ketiga telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Julai 2020 secara berperingkat.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga)

Nota :

a. Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda mulai 1 Julai 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut.

b. Pembayaran i-lestari akan dilakukan pada setiap 1hb setiap bulan. Tarikh yang berada dalam sistem hanya terpakai pada pembayaran bulan pertama sahaja. Jika pada 1 Julai 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Artikel Berkaitan : Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini!

Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai

Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Julai 2020 (Bulan Ketiga)

Semakan Duit i-Lestari Masuk ke Akaun

A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar melalui i-Akaun.

  • Daftar atau log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.
  • Masukkan User ID untuk ke halaman utama i-Akaun.
  • Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.

B. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.

C. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada pihak KWSP

Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.

BACA JUGA : Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)

Leave a Reply