Cara Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Kali Kedua Melalui Emel & Di Kaunter LHDN. Nak buat rayuan BPN? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berstatus tidak layak bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk makluman, terkini Kerajaan Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional sehingga 31 Mei 2020. Hal ini susulan orang ramai yang mendakwa tidak menerima bantuan BPN walaupun layak. Bagi anda yang berstatus tidak layak boleh mengemukakan rayuan BPN kali kedua menerusi emel atau hadir di mana-mana pejabat LHDN mulai 11 Mei 2020.

Menurut kerajaan mendapati terdapat banyak rungutan terutamanya melalui media sosial dari orang ramai yang gagal menerima bayaran Bantuan Prihatin Nasional atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat diisi tidak lengkap. Ada juga disebabkan pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN. Selain itu, ramai juga gagal disebabkan berdaftar SSM dan antara pemohonan adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar.
Cara Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Kali Kedua Melalui Emel & Di Kaunter LHDN
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang rayuan Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan :
Tarikh Rayuan : 11 Mei hingga 31 Mei 2020
Cara Semak Status Permohonan BPN Online
Bagi anda yang belum menyemak status permohonan BPN sama ada layak atau tidak layak, anda boleh semak secara online menerusi portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/
Cara Rayuan BPN Bagi Status Tidak Layak
A. Rayuan BPN Melalui Emel
1. Rayuan boleh dibuat melalui emel kepada LHDNM rayuanbpn@hasil.gov.my.
2. Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat COVID-19.
3. Cadangan tajuk untuk dihantar kepada LHDNM adalah seperti berikut :
- RAYUAN BPN : 862654-26-4321
- PERMOHONAN RAYUAN BPN NO. KAD PENGENALAN : 862654-26-4321
4. Kemudian, Klik butang sent.
5. Tunggu maklumbalas daripada pihak LHDNM.
B. Rayuan BPN Di Kaunter LHDN
1. Selain emel, anda juga boleh mengemukakan permohonan rayuan BPN di Kaunter LHDN. Pemohon perlu hadir sendiri ke kaunter LHDN bersama dokumen sokongan bermula pada 11 Mei 2020.
2. Pastikan anda membawa beberapa dokumen seperti Kad Pengenalan dan surat rayuan termasuk dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan atau bukti SSM.
3. Pastikan anda hadir ke kaunter LHDN dengan memakai mask dan jarak 1 meter.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :
- No. Tel Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN RM3000 Bagi PKS


