Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch ‘n Go)

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch ‘n Go). Bilakah tarikh penebusan RM50 kredit ePENJANA? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000. Untuk makluman, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan membantu merancakkan perbelanjaan pengguna. Setiap pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch 'n Go)

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Setiap pemohon yang layak boleh menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih (Boost, GrabPay atau Touch n’ Go eWallet). Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar dan mata ganjaran.

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch ‘n Go)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang RM50 Kredit ePENJANA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan serta penebusan eWallet :

Apa Itu eWallet?

e-Dompet atau bahasa Inggeris dikenali sebagai eWallet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara digital. Mudah kata anda boleh buat pembelian barang melalui secara dalam talian. Perkhidmatan e-Dompet disediakan oleh pengendali e-Dompet yang mempunyai lesen daripada Bank Negara.

Tarikh Penebusan RM50 kredit eWallet

Kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Syarat Kelayakan Penebusan RM50 kredit ePENJANA

Untuk layak menuntut RM50 ePENJANA, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mestilah 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
  • Sudah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera

Artikel Berkaitan : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera

Cara Claim RM50 Kredit ePENJANA

Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun aplikasi Grab, Boost dan Touch n Go Digital dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah daripada 31 Julai hingga 24 September 2020 manakala tarikh penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch ‘n Go)
Register MySejahtera

Pemohon disaran memuat turun dan mengemaskini data di dalam aplikasi MySejahtera. Manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkenaan dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePENJANA yang lancar di kedai-kedai mereka.

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch ‘n Go)

Pemakluman Program RM750 Juta kredit ePENJANA

Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch 'n Go)
Cara Mohon Dan Claim RM50 Kredit ePENJANA Mulai 31 Julai (Boost, GrabPay & Touch 'n Go)

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

BACA JUGA : Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020

One Response

  1. Abiramy a/p vijayan August 2, 2020

Leave a Reply