Cara Daftar Program Virtual Mini Job Hunt, 4609 Peluang Pekerjaan Untuk Peminjam PTPTN

Cara Daftar Program Virtual Mini Job Hunt, 4609 Peluang Pekerjaan Untuk Peminjam PTPTN. Berita baik buat semua peminjam PTPTN termasuk mereka yang disenarai hitam dimana kini berpeluang mencari pekerjaan dalam program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Untuk makluman menurut Ketua Eksekutif PTPTN, program Virtual Mini Job Hunt turut menyediakan sebanyak 4,609 jawatan kosong dengan membabitkan 20 majikan. Program Virtual Mini Job Hunt ini akan berlangsung selama empat hari bermula 30 Jun hingga 3 Julai 2020. Bagi individu yang berminat boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) melalui laman web PERKESO.

Cara Daftar Program Virtual Mini Job Hunt, 4609 Peluang Pekerjaan Untuk Peminjam PTPTN

Cara Daftar Program Virtual Mini Job Hunt, 4609 Peluang Pekerjaan Untuk Peminjam PTPTN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Virtual Mini Job Hunt termasuk memaparkan tarikh, senarai pekerjaan dan aplikasi permohonan :

Apa Itu Program Virtual Mini Job Hunt

Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ adalah satu program daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama PERKESO yang menyediakan sebanyak 4,609 jawatan kosong membabitkan 20 majikan. Tujuan program ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan politeknik dan institusi pengajian tinggi dan masyarakat Malaysia amnya.

Tarikh Program Virtual Mini Job Hunt

Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ akan berlangsung selama empat hari bermula 30 Jun hingga 3 Julai 2020.

Senarai Jenis Pekerjaan Yang Ditawarkan

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang ditawarkan dalam program ini antaranya iaitu sektor pembuatan, servis, runcit, perbankan dan pendidikan dengan tawaran gaji maksimum sehingga RM5,000.

Senarai Acara Program Virtual Mini Job

Antara acara menarik yang diadakan di dalam Virtual Mini Job Hunt adalah sesi ceramah ‘webinar’ mengenai kebolehpasaran pekerjaan yang berlangsung dua hari dan disusuli temuduga terbuka yang diadakan secara online.

Cara Pendaftaran Program Virtual Mini Job Hunt

Bagi individu berminat boleh membuat pendaftaran menerusi laman web https://careerfair.perkeso.gov.my/ bermula 25 Jun sehingga 3 Julai 2020. Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 019- 2492606 (Mr. Neil), 017- 3398583 (Mr. Dianhazri) dan 019- 6585507 (Mr. Azman).

BACA JUGA : Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan (PenjanaKerjaya)

Leave a Reply